Wednesday, October 17, 2018

PROMO HEBAT COWAY : Adab Minum Air



Adab-adab minum :

  1. Pegang gelas dengan tangan kanan
  2. Bacalah " Bismillah" semasa mengangkat gelas
  3. Minum dengan tiga nafas. Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum. Baginda bersabda " Sesungguhnya, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.
  4. Minum dalam keadaan duduk. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  5. Jangan meniup atau menghembus nafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  6. Ucaplah "Alhamdulillah" setiap kali selepas minum



Khasiat Amalan ini:

  1. Mengurang dn menghjilangkan balqham (kahak) 
  2. Mencuci perut
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
  4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Semoga dapat diamal dan dipanjangkan.

No comments: